Tuesday, October 22, 2013

Trip to Jakarta Bandung Jan 2014!!! Tak Sabar!



Jakarta MARI!!!

Yer yer yer, tak sabar ni. Memang tak sabar. (hahaha, kecoh cik rosse ni, orang lain pergi NZ pon takde kepoh macam cik rosse hehehe). Tak sabar okay. InsyaALLAH, panjang umur, next year Jan cik rosse berserta 3 orang my bestie akan spend masa bersama selama 8 hari di Jakarta Bandung. 8 hari ok? (confirm lepas tuh tak boleh nak cuti lama sangat dah...fully utilized hehe)

Kiteorang kalau boleh memang tak nak ikut tour package cez nak budget sangat. So dengan itu, cik rosse pun pergilah survey hotel yang murah-murah yang ade kat Jakarta & Bandung dan juga transportation sekali. Then cik rosse pun finally come up dengan budget breakdown. So far, trip selama 8 hari tuh nanti akan memakan budget almost RM2,200. 

Team Building 2013



Oh my oh my oh my Allah. Petang tadi dapat email daripada team committees for this coming team-building event. Cik Rosse macam biasa lah excited sangat dengan event kali ni tapi malangnya cik rosse rase macam tak dapat nak join event ni (nak join juga!!! -->teriak dalam hati) cez 16 & 17 Nov ni cik rosse kena attend my brother punya convocation kat UiTM. :( Macam mana ni? Dah lah event kali ni kena bermalam..oh tak dapat cik rosse nak bayang betapa bestnya nanti!!! Macam mana ni? -->dalam di lema :(

Agak-agaknya kali ni diorang nak buat kat mane erk? Luar daripada KL? Ke Janda Baik? hmmm #curious 

Monday, October 21, 2013

Kopi O Tenom 2 in 1 Sedap!!!

Kopi Tenom, Sabah ~ Since 1960. Old School!

Uhum!!! First time rase memang dah jatuh hati kat Kopi Tenom ni. Cik Rosse tak tahu pula kewujudan kopi ni. Aromanya fuuuhhh! Cik Rosse memang penggemar kopi. Kalau dekat office selalu breakfast dengan black coffee (beli kat cafe office) atau pun buat secawan white coffee (tekan je machine, keluarlah white coffee :)). Black coffee McD pun boleh tahan juga. Tapi black coffee & white coffee ni selalu buat Cik Rosse sakit perut. Terbaru yang kat TV dok iklan sekarang ni Kopiko LA Coffee. Dia kata sedap dan tak mengganggu perut. Betul ke? Ade sesiapa dah try LA Coffee ni?

Tuesday, October 15, 2013

Salam AidilAdha 2013


Salam AidilAdha 2013 buat semua daripada musafir di perantauan :(
~Biarka gambar berbicara semahunya~#

Hari ni Cik Rosse tak balik ke kampung halaman, ah maklumlah cuti raya ni tersepit pada hari Isnin & Rabu. Andai kata Raya Haji 2013 jatuh pada hari Khamis atau Jumaat, confirm Cik Rosse balik beraya di Kampung!!! Sudah 3 tahun Cik Rosse tak beraya aidiladha di kampung halaman yang jauh nun di sana :(

Tapi tak mengape, raya tahun ni Cik Rosse beraya di Key Hill. hehehe. Hari ni Cik Rosse buat lemang daun pisang kukus (kegemaran arwah kakak) & juga tompe' & Sambal Terung yumyum. Kakak Cik Rosse pula dia masak Kari ayam & Sardin enak untuk dijamukan bersama lemang & tompe tadi.

Seperti biasa, biarkan gambar berbicara semahunya....
Sambal Terung

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...